Monday, February 24, 2014

CERITA KAWAN MENINGGAL DUNIA

Arwah Amran . Umur waktu meninggal dunia sekitar 40-an. Dulu kerja kat hospital KKB, pembantu perubatan atau bahagian pemandu tak pasti. Semalam iaitu 24. 02. 2014, Isnin, Jam-10.00 pagi kawan-kawan lain dpt berita Amran meninggal dunia. Dia meninggal di kampungnya di Seremban. Punca sakit, dengarnya sakit kanser. Maka bergegaslah kawan-kawan saya bergerak dari Batang kali ni ke Seremban. mau dekat 3 jam masa perjalanan diorang tu.... Bila balik dari sana maka kawan saya pun bercerita.... dengan penuh takjub dan kagum.

"....Allahu Akbar, bila arwah ni nak menghembus nafas terakhir ada la orang tolong ajar kalimah syahadah.... dia dapat ucap dengan jelas sebanyak dua kali.... Allahu Akbar"

".... muka dia , selepas meninggal sentiasa dalam senyum je... Allahu Akbar"

Amran ni kawan saya jugak. Dia dah lama buat kerja dakwah dan tabligh ni.... Allah nak muliakan dia dengan ucapan kalimah agung tu. Bukan senang dpt ucap kalimah ketika akhir kalam tau.... 

jadual program lawatan pentadbir



UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
PROGRAM MAJU DIRI
BULAN FEBRUARI 2014
JADUAL LAWATAN PENTADBIR KE KELAS TINGKATAN 4
TARIKH
HARI
MASA
KELAS
GURU KELAS

SENARAI PENTADBIR
24/2/2014
ISNIN



(3&4)

8.40-9.50
4SN
Pn. Vijaya A/P Rengasamy
KUMP. 1:
Pengetua, PK HEM, Pn. Noramah
4TEK
Pn. Mazlina bt. Rosli
KUMP. 2:
PK 1 (Pn. Shamsida),
Pn. Marsita (GKMP), En. Roslan
25/2/2014
SELASA




(1&2)

7.30-8.50
4AK
Pn. Norlizha bt. Abdullah
KUMP. 1:
Pengetua, PK HEM ,
En. Roslan
4GEO
Pn. Seamalathavy A/P Rengasamy
KUMP. 2:
PK 1 (Pn. Shamsida), Pn. Nor Akmar (GKMP)
4VOK
En. Mohd Zamani b. Abdullah sapar
KUMP. 3:
PK Ko-Ko (Pn. Norhayati), Pn. Norliza (GKMP) Pn. Noramah
26/2/2014
RABU
(1&2)

7.30- 8.50
4EA1
Pn. Rohani
KUMP.1:
Pengetua, PK Ko-Ko,  Pn. Noramah
4EA2
En. Ku Kooi Keong
KUMP. 2: 
PK1 (Pn. Shamsida), Pn. Norliza (GKMP) , En. Roslan
27/2/2014
KHAMIS
(1&2)

7.30- 8.50
4KM
En. Abdul Lim . Abdul Saman
KUMP. 1: 
Pengetua, Pn. Norliza (GKMP),
 Pn. Noramah
4PD
Pn. Wan Azmulia bt. Mohd Azmi
KUMP.2:
PK1 (Pn. Shamsida), Pn. Norami (GKMP), En. Roslan
28/2/2014
JUMAAT
(1&2)

8.05- 9.15
4PS
En. Sarjid Singh a/l Swaran Singh
KUMP. 1:
Pengetua, Pn. Marsita (GKMP),
Pn. Noramah.
4ERT
Pn. Shaharizat
KUMP. 2:
PK Ko-Ko, Pn. Nor Akmar (GKMP),
En. Roslan

Wednesday, September 18, 2013

MAJLIS RESTU DAN SOLAT HAJAT 2013 SMK BANDAR BARU BATANG KALI

Semua pelajar dan ibubapa dan warga Islam SMK Bandar Baru Batang Kali dijemput ke majlis restu dan solat hajat 2013.

Tarikh: 19. 9. 2013
Tempat: Laman Ilmu
Hari: Khamis
Masa: 6.00 petang hingga 9.30 mlm
Pakaian: Baju Melayu bersamping dan Baju Kurung

Menu: Nasi Goreng Special.

Datanglah beramai-ramai.

Sunday, August 12, 2012

kem jati diri dan kepimpinan









 Pada 6-8 Julai 2012 satu kem kepimpinan dan jati diri diadakan di SMKBBBK untuk pelajar sesi petang. Peserta kem ini terdiri daripada pelajar yang memegang jawatan di sekolah seperti pengawas sekolah, PRS, ketua kelas, penolong ketua tingkatan dan pengawas pusat sumber.

motivasi daripada city kolej


Pada 26/7/2012 bertempat di surau SMKBBBK satu motivasi berkenaan dengan 'mudahnya matematik' yang disampaikan oleh seorang penceramah dari City Kolej.Motivasi ini mensasarkan pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan mengambil PMR dan SPM pada tahun ini.

SALAM RAMADHAN DAN SALAM AIDIL FITRI

....ALHAMDULILLAH ... ramadhan telah masuk ke fasa yang ke-3, dan beberapa hari saja lagi akan melabuhkan tirainya... mari kita check diri masing-masing... apa amal yang telah kita tambah?.., adakah dengan kedatang bulan mubarak ini dapat memberikan kesan iman kepada kita? ... berapa banyakkah zikir yang telah kita lafazkan? berapa banyakkah al-quran telah kita baca? ...dan doa manakah yang kita taburkan untuk memohon dari-Nya?.....

Monday, January 16, 2012

selamat datang ke sekolah ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia .

Apa khabar warga SEMBAKA. Saya harap anda semua sihat sejahtera .Sudah lama meninggalkan blog ubk ini .. Insyaallah , selepas ini saya akan meng-update selalu untuk warga sembaka dan pembaca . Alhamdulillah , semenjak Ayahanda pengetua masuk ke sekolah ini sedikit sebanyak mengubah ''attitude'' pelajar malah wajah sekolah ini.  Pelajar melambangkan imej sekolah. Pada pandangan saya buat minggu ke-3 hari persekolah, pelajar semakin bersemangat untuk datang ke sekolah. Malah, setiap aktiviti yang diadakan alhamdulillah mendapat sambutan ramai  . Seperti baru-baru ini, Sekolah Menengah Bandar Baru Batang Kali tengah mengadakan Merentas Desa . Sambutan begitu meriah walaupun ada dikalangan pelajar tidak dapat hadir mungkin ada sebab yang tertentu. 

Pada pandangan saya, aktiviti seperti ini amat bagus kepada pelajar dan guru. Ia sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturahim diantara kita. Selain itu, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan para pelajar yang sekian lama memerah otak. Sebagai pelajar kita hendaklah  mengimbangkan antara Akademik & Kokurikulum. Hal ini kerana, jika kita straight A sekali  pun di dalam akademik tetapi kita tidak aktif dalam bidang kokurikulum itu tidak melambangkan sebagai pelajar . Sebagai pelajar cemerlang, kita mesti pandai membahagikan masa serta menjauhkan diri daripada kesalahan disiplin di sekolah mahupun di luar sekolah.

Jadi, saya menyeru agar rakan-rakan sepejuangan dapat memberi kerjasama kepada sekolah kita . Kepada calon PMR & SPM ini jangan putus asa kerana kita masih mempunyai masa untuk belajar dan belajar  

-farah adiba hishamuddin-