Monday, January 16, 2012

selamat datang ke sekolah ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia .

Apa khabar warga SEMBAKA. Saya harap anda semua sihat sejahtera .Sudah lama meninggalkan blog ubk ini .. Insyaallah , selepas ini saya akan meng-update selalu untuk warga sembaka dan pembaca . Alhamdulillah , semenjak Ayahanda pengetua masuk ke sekolah ini sedikit sebanyak mengubah ''attitude'' pelajar malah wajah sekolah ini.  Pelajar melambangkan imej sekolah. Pada pandangan saya buat minggu ke-3 hari persekolah, pelajar semakin bersemangat untuk datang ke sekolah. Malah, setiap aktiviti yang diadakan alhamdulillah mendapat sambutan ramai  . Seperti baru-baru ini, Sekolah Menengah Bandar Baru Batang Kali tengah mengadakan Merentas Desa . Sambutan begitu meriah walaupun ada dikalangan pelajar tidak dapat hadir mungkin ada sebab yang tertentu. 

Pada pandangan saya, aktiviti seperti ini amat bagus kepada pelajar dan guru. Ia sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturahim diantara kita. Selain itu, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan para pelajar yang sekian lama memerah otak. Sebagai pelajar kita hendaklah  mengimbangkan antara Akademik & Kokurikulum. Hal ini kerana, jika kita straight A sekali  pun di dalam akademik tetapi kita tidak aktif dalam bidang kokurikulum itu tidak melambangkan sebagai pelajar . Sebagai pelajar cemerlang, kita mesti pandai membahagikan masa serta menjauhkan diri daripada kesalahan disiplin di sekolah mahupun di luar sekolah.

Jadi, saya menyeru agar rakan-rakan sepejuangan dapat memberi kerjasama kepada sekolah kita . Kepada calon PMR & SPM ini jangan putus asa kerana kita masih mempunyai masa untuk belajar dan belajar  

-farah adiba hishamuddin-


No comments:

Post a Comment

-Terima Kasih Kerana sudi membaca :)
-Sila tinggalkan pendapat atau sebarang komen disini