sembaka


Sejarah SEMBAKA :

Pembukaan SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan perlantikan Pn Rohaini bt Hayon sebagai pengetua pada 1 Disember 2000. Beliau diarahkan membuka sekolah baru mulai sesi 2001. Semasa mendapat surat perlantikan dan surat arahan, beliau diberi senarai nama guru yang akan berkhidmat di sekolah ini. Usaha telah dijalankan selama sebulan sebelum sesi 2001 bermula.

Satu mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan bersama-sama dua orang Penolong Kanan yang dicadangkan iaitu Puan Lan Hasni bt Talib sebagai Penolong Kanan 1 dan En Ahmad Niza sebagai Penolong Kanan HEM. Perbincangan menyentuh tentang penerimaan kemasukan murid baru ke tingkatan satu tahun 2001 dan sebanyak 7 buah kelas akan dibuka.

Pada Januari 2001, pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Batang Kali seramai 277 orang dan guru berjumlah 23 orang telah memulakan sesi persekolahan dengan menumpang SMK Syed Mashor pada sebelah petang. Walaupun serba kekurangan dengan jumlah staf sokongan seramai dua orang dan saiz pejabat yang kecil, persekolahan tetap berjalan dengan lancar.

Pada Mac 2001, pra penyerahan bangunan sekolah dilakukan oleh pihak JKR. Pihak pentadbir sekolah telah menyemak dan mengkaji kerosakan bangunan sebelum penyerahan secara rasmi. Pada masa yang sama, pihak pengurusan telah memohon peralatan perabot serta keperluan lain dan pada bulan April segala peralatan kelas dapat disediakan. Penyerahan sebenar telah dilakukan pada 5 April 2001 dan dalam tempoh sebulan, sekolah perlu bersedia sebelum memulakan operasi selepas cuti penggal iaitu pada 26 Mei 2001.

Dengan usaha pihak pengurusan sekolah, program gotong-royong telah dijalankan sebanyak 2 kali untuk membersihkan kawasan, menyediakan bilik sembahyang, bengkel dan kelas-kelas yang hendak dibuka sahaja. Gotong-royong ini diadakan bersama oleh guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar tingkatan 1. majlis bacaan Yassain dan sunat hajat dijalankan sebelum penggal baru dibuka. Akhirnya dengan usaha pengetua serta pihak pentadbir yang lain, SMKBBBK akhirnya berjaya direalisasikan pada 26 Mei 2001. Sebagai sebuah sekolah baru, sekolah telah menerima Grant permulaan sebanyak RM50,000 untuk membeli bahan-bahan serta peralatan lain selain daripada perabot dan peralatan pejabat.

Pada tahun 2002, 9 buah kelas lagi dibuka untuk tingkatan 1 dan 3 buah kelas tingkatan 4. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dipindahkan dari SMK Syed Mashor dan pelajar sekolah yang tinggal berdekatan kawasan sekolah. Sekolah menerima guru-guru baru yang bertukar dari sekolah-sekolah lain dan sehingga November 2002, seramai 47 orang guru berkhidmat di sekolah ini serta pelajar berjumlah 611 orang. Pelbagai prasana berjaya dilengkapkan seperti padang bola, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, bilik guru, bengkel-bengkel Kemahiran Hidup serta stor sukan sesuai dengan pertambahan bilangan guru dan pelajar.


MISI :
Menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali sebagai sebuah institusi yang mampu membentuk pelajar cemerlang sahsiah akademik dan kokurikulum.


VISI :
Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, sihat mental, jasmani dan emosi supaya dapat memberi sumbangan kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara.


FALSAFAH :

PIAGAM PELANGGAN :
KAMI WARGA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BATANG KALI
DENGAN SEGALA KEMAMPUAN KAMI
BERSEDIA DAN AKAN :
-          Melaksanakan tugas kami mendidik anak-anak yang diamanahkan kepada kami
-          Memberikan perkhidmatan kepada  pelanggan kami dengan mesra, cekap & bijaksana
-          Mereliasasikan sistem pendidikan negara  selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


           Objektif sekolah


-          Mewujudkan kepimpinan yang dinamik, progresif dan penyayang
-          Menguruskan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan
-          Mengembangkan potensi dan kebolehan pelajar tanpa mengira tahap pembelajaran mereka
-          Menyediakan pelbagai sumber pendidikan
-          Menggalakkan penglibatan dan sokongan  ibu bapa dan masyarakat.


Lencana Sekolah
Moto
Berilmu : Sekolah adalah sumber pelbagai ilmu pengetahuan
Berdisiplin : Warga sekolah mengutamakan disiplin demi kecemerlangan
Beramal : Setiap masa mengamalkan ilmu yang diperolehi
Warna
Merah : Berani dan tabah menghadapi cabaran
Kuning : Taat dan patuh kepada guru dan ibu bapa
Putih : Kerelaan hati dan kesediaan untuk menerima ilmu
Objektif
Buku :Sumber ilmu pengetahuan melalui pembacaan
Glob :Bidang imlu tanpa sempadan
Jangka Lukis : Ketepatan betindak selaras keperluan



Lagu sekolah
Wawasan Murni

Wawasan, Gemilang,
Cita-cita dijunjung,
Memberikan kejayaan,
Warga Kita.
Bersatu, Berjanji,
Menggapai cita murni,
Harapan ibu pertiwi
Itu janji kami.
Korus:
Berilmu melahirkan warga yang cemerlang,
Berdisiplin membentuk peribadi yang gemilang,
Beramallah kita dengan sungguh hati,
SMK Bandar Baru Batang Kali .

Lagu/Lirik
Encik Azlan Kamal Nazyunniyah