Tuesday, September 27, 2011

Perpecahan hanya tonjol kelemahan umat Islam

NEGARA yang kuat mempunyai rakyat bersatu padu dan sentiasa bersama membangunkan agama, bangsa serta negara. Negara bercirikan kesatuan yang utuh serta mapan sukar digugat dan tidak gentar ancaman atau ugutan pihak musuh. 

Bagi mencapai status negara kuat, tidak ada cara lain yang perlu dilakukan melainkan bersatu. Ini sendiri bertepatan hukum dan tuntutan Islam yang meletakkan perpaduan sebagai asas kekuatan negara.

Perpecahan, persengketaan, pergaduhan, permusuhan dan pertelingkahan amat dibenci Islam kerana akan membawa kepada kehancuran bukan saja negara itu, malah seluruh rakyat, agama dan bangsanya. Tidak hairanlah, perpecahan akan memberi peluang kepada musuh melaga-laga tanpa mengambil kira perasaan dan hak mangsanya.
Bagi menghalang perpecahan, perpaduan hendaklah diutama dan ditekankan, tidak hanya dalam aspek pertahanan, malah merangkumi semua aspek kehidupan. 
Perlu diingat, musuh tidak mengintai kelemahan negara berdasarkan satu sudut saja. Umat Islam perlu mengukuhkan perpaduan ummah dalam ekonomi, politik serta sosial. 

Kunci perpaduan adalah persaudaraan sesama rakyat. Semakin erat persaudaraan, semakin kukuh perpaduan sesebuah negara atau ummah. Semangat persaudaraan perlu dipupuk dalam hati setiap rakyat, permusuhan ialah virus utama kepada persaudaraan. 

Jika sesebuah bangsa atau kaum sering bermusuhan, mereka sebenarnya tidak bersaudara, apatah lagi untuk membentuk kesatuan dan perpaduan. Perpaduan ialah lambang kekuatan, kedamaian dan keharmonian. 
Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya, orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu diberi rahmat. (Surah al-Hujurat, ayat 10) 

Untuk mengekalkan persaudaraan, al-Quran menganjurkan usaha ke arah perdamaian 
diperhebatkan, jika pada ketika itu wujud bibit kehancuran dan kemusnahan. 

Dalam pada itu, Allah memberi amaran kepada kita supaya jangan berpecah-belah kerana ia boleh meleraikan persaudaraan dan kekuatan ummah. Dengan ini, umat Islam seharusnya membantu untuk membina keutuhan dan kesatuan di mana saja mereka berada. Kita hendaklah mementingkan keutuhan umat daripada kepentingan diri sendiri. 

Sesungguhnya keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat antara nikmat Allah kurniakan kepada manusia. Sesiapa saja yang tinggal dalam negara yang aman akan dapat membangunkan negara dan hidup sejahtera. Sebaliknya mereka yang tinggal di negara kacau-bilau, berperang dan berbunuhan, hidup sengsara, kelaparan serta keperitan. 

Allah berfirman yang bermaksud: Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (ketika Jahiliah dulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. (Surah Ali -Imran, ayat 103) 

Umat Islam di negara ini perlu menginsafi sejarah umat terdahulu yang musnah angkara perpecahan sesama sendiri. Kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyyah, Fatimiyah dan Uthmaniyyah bukti jelas tiadanya elemen persaudaraan yang kukuh dalam kalangan rakyat. 

Soalnya, apakah kita mahu sejarah pahit itu berulang kembali dan menimpa negara ini? Bagi orang Islam yang sentiasa berpegang kepada ajaran Islam tulen, tentu mereka mahu Islam menjadi contoh kepada penganut agama lain, bukannya agama yang dilabel dengan pelbagai persepsi negatif seperti berlaku ketika ini. 

Perpecahan juga boleh menyebabkan umat Islam hilang kehebatan di mata musuh iaitu tidak lagi menggerunkan mereka. Ini menyebabkan umat Islam ditindas dan diancam keselamatan diri, harta benda dan iman. Dunia Islam hari ini lemah disebabkan permusuhan sesama sendiri. 

Di tanah Arab, Afrika, Asia, malah Malaysia sendiri tidak terlepas daripada bahaya permusuhan sesama sendiri. Akhirnya umat Islam kalah bukan kerana kekuatan pihak musuh, tetapi kalah kerana kelemahan diri sendiri.



Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Thursday, September 22, 2011

Menjadi Pemimpin Beramanah

Resepi Utama

Amanah lambang peribadi mulia-
Semua orang dituntut supaya beramah. Tetapi amanah dari pemimpin lebih lagi dituntut. Amanah adalah salah satu ciri peribadi mulia ..

Amanah sifat utama pemimpin-
Jadi pemimpin mesti amanah.Pemimpin yang tidak ada sifat amanah adalah pengkhianat. Pengkhianat tidak layak menjadi pemimpin sebab khianat pada orang yang melantiknya. Dia dilantik supaya menjalankan tugas yang ditetapkan. Bukan mencari keuntungan dan kesenangan atas jawatan yang disandangnya. Anda jangan jadi pengkhianat!

Sekali tidak percayai, 
selama-lamanya tidak dipercayai-
Jangan dicuba kerana ini bukan perkara cuba-cuba. Apabila anda mengkhianati amanah atau pecah amanah,selama-lamanya anda dilabel sebagai orang yang tidak beramanah dan tidak dipercaayai lagi. Jangan lakarkan sejarah hitam dalam diari hidup .

            Anda diperhatikan dan 
            menjadi ikutan
Pemimpin sering kali diperhatikan oleh orang bawahannya.Apa yang anda lakukan yang baik, maka ia satu galakan bagi orang alin mencotohinya. Tetapi, apabila anda orang yang pecah amanah, segala kebaikan mungkin terpadam dengan pengkhianatan yang anda lakukan ini. Kemungkinan juga ada orang bawahan anda, yang turut melakukan perkara terkutuk.


      Jangan menindas orang lain
Patutkah anda mengambil kesempatan atas jawatan yang diamanahkan ini bagi mengaut keuntungan diri sendiri. Wang yang sepatutnya dimanfaatkan semua, tetapi hanya dinikmati oleh orang-orang tertentu. Inilah yang dikatakan ketidakadilan dan penindasan yang nyata.


                                                                Ingat dosa dan pahala, 
                                                                 syurga dan mereka
Tuhan menjanjikan orang yang berbuat baik dikurniakan syurga, orang yang berbuat jahat dibalas neraka. Tiada seorang pon waras fikiranya mengatakan perbuatan pecah amanah itu amalan yang baik.



    Tuesday, September 6, 2011

    PERTUKARAN GPK 1

    Pn. Lan Rasni bt Talib akan bertukar ke SMK Ampang Pecah. ...dan sekarang ni telah pun melaporkan diri di sekolah tersebut. 'Berat mata memandang berat lagi bahu memikul' begitulah kata pepatah melayu . Warga SMKBBBk merasa amat berat untuk melepaskan Pn Lan pergi, namun semua warga sekolah perlu akur dengan kehendak profesion perguruan. Sebagai penjawat awam yang komited dengan tugas, persoalan di mana akan di tempatkan atau siapa yang mengganti tidak mungkin timbul. Apa-apa pun, marilah kita doakan semoga Pn. Lan dan kita semua mendapat limpahan kebaikan.