Monday, February 24, 2014

CERITA KAWAN MENINGGAL DUNIA

Arwah Amran . Umur waktu meninggal dunia sekitar 40-an. Dulu kerja kat hospital KKB, pembantu perubatan atau bahagian pemandu tak pasti. Semalam iaitu 24. 02. 2014, Isnin, Jam-10.00 pagi kawan-kawan lain dpt berita Amran meninggal dunia. Dia meninggal di kampungnya di Seremban. Punca sakit, dengarnya sakit kanser. Maka bergegaslah kawan-kawan saya bergerak dari Batang kali ni ke Seremban. mau dekat 3 jam masa perjalanan diorang tu.... Bila balik dari sana maka kawan saya pun bercerita.... dengan penuh takjub dan kagum.

"....Allahu Akbar, bila arwah ni nak menghembus nafas terakhir ada la orang tolong ajar kalimah syahadah.... dia dapat ucap dengan jelas sebanyak dua kali.... Allahu Akbar"

".... muka dia , selepas meninggal sentiasa dalam senyum je... Allahu Akbar"

Amran ni kawan saya jugak. Dia dah lama buat kerja dakwah dan tabligh ni.... Allah nak muliakan dia dengan ucapan kalimah agung tu. Bukan senang dpt ucap kalimah ketika akhir kalam tau.... 

No comments:

Post a Comment

-Terima Kasih Kerana sudi membaca :)
-Sila tinggalkan pendapat atau sebarang komen disini